Thursday, 8 December 2016

KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN AYAM KAMPUNG

Tarikh: 17-18 Disember 2016

Tempat: Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM

Yuran: RM400.00 (tanpa penginapan)


Pengenalan:

Ayam kampung atau panggilan lainnya, ayam kampung asli, telah diperakui mutu dagingnya melalui beberapa kajian saintifik. Tekstur daging ayam kampung adalah kenyal dan rasanya lebih enak dari daging ayam kacuk dan hybrid-hybrid komersil yang lain. UPM telah dapat menghasilkan baka ayam kampung untuk tujuan komersil. Kejayaan ini adalah melalui peroses pemilihan rapi dan pembiakan berasaskan ayam kampung tempatan, termasuk kacukan ayam hutan - ayam kampung yang terhasil secara semula jadi di UPM. Ayam kampung UPM boleh dipasarkan mulai umur 10 minggu ketika berat hidup antara 1.0kg ke 1.4kg.

Keunikan ayam kampung UPM ialah ia jenis dwi-gunaan, yakni untuk daging dan juga telur. Pengeluaran telur bernas mencecah 150 biji sehingga umur produktif, 80 minggu. Ini tercapai dengan sifat ia tidak mengeram. Berat telur melampaui 50 gram bagi menghasilkan anak dengan berat badan yang boleh melampaui 35 gram. Tahap imuniti yang baik dengan daya tahan kepada penyakit Marek’s, Gumboro dan Koksidiosis. Baka ayam kampung UPM sesuai untuk semua sistem pengurusan dari sistem intensif ke sistem organik.


Pada akhir kursus ini peserta dapat :


1. Pengetahuan dan pendedahan dalam pengurusan ayam pembiakbaka, pengurusan eraman dan tetasan serta merancang pengeluaran anak ayam kampung secara sistematik


2. Ilmu mengenai tips bagi menghasilkan sendiri baka ayam kampung mengikut ciri yang diingini.

3. Mempelajari perkembangan terkini dalam sistem pengurusan, amalan kesihatan gerompok, dan amalan pemakanaan konvensional dan organik.


Untuk pertanyaan lanjut hubungi:

Talian 03-8947 1819/ 1810/ 1845/ 1826 atau e-mel ke (a_nafizah@upm.edu.my)

Faks : 03-8946 4107 / 4114



Wednesday, 16 November 2016

KURSUS PENTERNAKAN KAMBING


TARIKH : 22-23 November 2016

YURAN : RM 400.00 (termasuk makan minum & nota)

TEMPAT : Bilik Latihan, Aras 1, Pusat Transformasi Komuniti Universiti UPM, Universiti Putra Malaysia


PENGENALAN :

Kursus ini memberi maklumat dan teknologi kepada bakal penternak mengenai penternakan kambing dan cara pengurusannya yang sistematik.

DI AKHIR KURSUS INI PESERTA AKAN DAPAT MEMAHAMI :

· Teknologi terkini penternakan kambing

· Kaedah pengurusan dan pemprosesan makanan kambing serta penyimpanan hasilan dari kambing

· Kawalan dan Rawatan penyakit serta penjagaan kesihatan kambing
· Sistem penternakan kambing yang sesuai berasaskan sumber tempatan

KUMPULAN SASAR:

Terbuka kepada orang ramai yang berminat mengusahakan penternakan pelbagai jenis kambing terutamanya kepada penternak, usahawan, pesara, pengusaha baru dan agen pengembangan.

Kepada yang berminat sila Daftar Sekarang atau hubungi terus ke talian Fauzi 03-8947 1845 / Nafisah 03-8947 1819.

Sunday, 16 October 2016

UPM ranking pertama universiti muda di Malaysia

Oleh Nor Hazlina Zamaruddin & Khairul


SERDANG, 21 Sept - Universiti Putra Malaysia (UPM) telah disenaraikan dalam ranking ke-17 terbaik dunia dalam QS Top 50 under 50 pada tahun ini dalam ranking yang dikeluarkan oleh Quacquarelli Symonds (QS) University rankings 2016/2017 hari ini.

Lonjakan 21 anak tangga berbanding ranking ke-38 pada tahun lepas itu sekaligus meletakkan UPM sebagai universiti muda terbaik di Malaysia yang menyenaraikan 50 universiti terbaik dunia di bawah usia 50 tahun.

UPM dan Jabatan Hutan Sarawak rintis kerjasama peyelidikan dan pengurusan hutan

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

BINTULU, 10 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Hutan Sarawak meningkatkan usaha penyelidikan bersama merangkumi pembangunan latihan kakitangan, pembangunan kurikulum untuk latihan skim perkhidmatan renjer hutan dan usaha pembangunan pengurusan hutan secara bersama amnya di kepulauan Borneo dan khususnya di Sarawak.

Kedua-dua pihak mennadatangani memorandum persefahaman (MoU)yang diadakan di Dewan Sri Kenyalang UPM meliputi kerjasama dalam membangunkan pelan strategik taman-taman negara di Sarawak.

UPM kukuhkan ranking 67 terbaik dunia dalam subjek Sains Pertanian

Oleh Norhazlina Zamaruddin dan Khairul Anuar

SERDANG, 10 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) melakar kejayaan cemerlang apabila subjek Sains Pertanian meningkat pada ranking ke-67 terbaik dunia dalam Performance Ranking of Scientific Papers for World Universities 2016 yang dikeluarkan oleh National Taiwan University (NTU) hari ini. Ranking subjek itu juga meletakkan UPM berada pada tangga ke-229 terbaik dunia dalam bidang Pertanian secara keseluruhannya. Kedudukan ranking subjek Sains Pertanian itu meningkat tiga anak tangga berbanding kedudukan ke-70 di dunia pada tahun 2015.


Subjek lain UPM yang meningkat kedudukan ialah subjek Kejuruteraan Kimia yang berada pada ranking ke-154 tahun ini berbanding 184 pada tahun lalu.