Sunday, 7 July 2013

Kursus Asas Pengurusan Sangkar, Penyakit dan Pemasaran Ikan

Penerangan Kursus:

Kursus ini merupakan salah satu program yang telah dirancang dalam Program Pemindahan Ilmu atau Knowlegde Transfer Program (KTP) melalui geran Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dalam usaha memindahkan kepakaran yang ada di universiti untuk dimanfaatkan oleh industri mahupun komuniti. Sehubungan dengan itu, UPM dengan kerjasama Jabatan Perikanan Temerloh dan Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Temerloh Berhad menganjurkan “Kursus Asas Pengurusan Sangkar, Penyakit dan Pemasaran Ikan” untuk berkongsi ilmu berkenaan kepentingan pengurusan sangkar yang betul mengikut garis
panduan Amalan Akuakultur Baik (Good Aquaculture Practice – GAP) dalam memaksimumkan pendapatan penternak patin sangkar di Temerloh. Ilmu pengurusan penyakit ikan serta teknik dan pilihan pemasaran yang lebih kreatif dapat meningkatkan lagi daya maju dalam diri penternak. Secara tidak langsung ia mampu meningkatkan ekonomi dan kompitensi penternak di Temerloh.

"Program Pemindahan Ilmu"

TARIKH: 27 OGOS 2013 (SELASA) 

LOKASI: 

BILIK SEMINAR, 
HOTEL GREEN PARK, 
TEMERLOH 

(Masuk adalah PERCUMA)
Siapa yang perlu hadir?
  1. Penternak dan usahawan patin
  2. Ahli Koperasi Penternakan Ikan Sangkar dan Nelayan Sungai Pahang diutamakan
  3. Usahawan baharu dalam penternakan patin

Untuk maklumat lanjut: Hubungi Siti Rahmah (03-8947 4910) atau Nik Muhamad Adnan (03-89471814)