Monday, 29 July 2013

Kursus Statistik Menggunakan Perisian SAS


Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM akan menganjurkan "Kursus Statistik Menggunakan Perisian SAS", di Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang. Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan penggunaan perisian SAS dalam menganalisa data, interpretasi dan persembahan data. 

Dengan mengikuti kursus ini, peserta akan mendapat kemahiran di dalam :

1.   Mengetahui konsep asas dalam penggunaan perisian SAS 
2.   Mempelajari kaedah pemprosesan data menggunakan SAS 
3.   Mengenalpasti pembolehubah dan memasukkan data 
4.   Mengaplikasi pemindahan data 
5.   Membentuk analisis statistik terpilih 
6.   Menterjemah keputusan analisis statistik 
7.   Membentangkan keputusan analisis dalam kerangka yang berkaitan 

Menggunakan statistik untuk menganalisis data anda dapat memberikan maklumat baru yang meningkatkan proses dan dapat memacu pembangunan dalam pelbagai sektor. Perisian statistik dari SAS menyediakan pelbagai keupayaan analitikal daripada analisis varians tradisional kepada kaedah yang tepat dan teknik visualisasi statistik. SAS juga dapat menawarkan matriks interaktif bahasa pengaturcaraan dan penerokaan analisa data yang tepat dalam penganalisaan dan tafsiran data penyelidikan.

Yuran: 

1. Penyertaan : RM 500.00 / Seorang
2. Percuma 1 tempat penyertaan bagi penyertaan secara berkumpulan/agensi melebihi 5 orang