Saturday, 6 July 2013

TAWARAN: Kursus Pengurusan Rumput Turf


Penerangan Kursus

Industri turf  pada masa sekarang adalah sangat luas dan mempunyai potensi untuk diceburi. Peningkatan kesedaran masyarakat tentang pentingnya bumi hijau dan semakin banyak pembangunan berlaku telah membuatkan permintaan terhadap turf  semakin meningkat.

Objektif Kursus
Peserta yang mengikuti kursus ini akan mendapat kemahiran di dalam :
  • Mengenali spesis turf berpotensi di Malaysia.
  • Menjalankan kerja penanaman mengikut kaedah yang betul.
  • Melaksanakan penyelenggaraan terhadap turf dengan kaedah yang betul bagi mendapatkan turf yang berkualiti.
  • Menyemak kerja penyelenggaraan turf yang dibuat oleh kontraktor. 

Sasaran peserta
Terbuka kepada orang ramai yang berminat dalam penanaman rumput turf, kontraktor penyelenggaraan taman, pengurus dan pekerja padang golf, dan sesiapa sahaja yang berminat di dalam penanaman rumput taman.

Yuran penyertaan
1.  Penyertaan : RM 500.00 / Seorang
2. Penyertaan berkumpulan melebihi 5 orang akan diberi 1 penyertaan percuma
 Untuk permohonan penyertaan, sila isi Borang Permohonan di pautan ini PENDAFTARAN KURSUS

Tarikh tutup permohonan sebelum 15 Ogos 2013.
(Tempat adalah terhad)

Kandungan kursus
 Kuliah 1 : Pengenalan Industri Turf.
Kuliah 2 : Spesis Turf Berpotensi Di Malaysia.
Kuliah 3 : Penyediaan Kawasan & Penanaman Turf
Kuliah 4: Penyelenggaraan Turf – Moving.
Kuliah 5 : Penyelenggaraan Turf – Bahan Kimia Ladang.
Kuliah 6 : Penyelenggaraan Turf – Detaching & Topdressing

Maklumat lanjut
Untuk maklumat lanjut sila hubungi urusetia penganjur seperti butiran berikut:

Urusetia Kursus Pengurusan Rumput Turf
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang,
Selangor
Tel : 03-8947 1814 /1845