Saturday, 3 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri 2013

  

Semua Warga Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) UPM mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung Portal Pembelajaran Sepanjang Hayat dan umat muslimin. Semoga Hari Raya Aidilfitri ini dapat memberikan kita semangat untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti tugas kita.


"Berhati-hati di Jalan Raya" dan "Patuhi Had Laju". Semoga selamat sampai ke destinasi yang dituju. Amin. InsyAllah.

Wassalam.

Thursday, 1 August 2013

Kursus SPSS Asas


Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM akan menganjurkan "Kursus SPSS Asas". Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dalam penganalisaan data dalam kerja penyelidikan dan penilaian. 


SPSS adalah suatu perisian yang mampu mengakses data dari berbagai format data yang sedia ada seperti dBase, Lotus, Access, text file, spreadsheet untuk dianalisis. SPSS menampilkan data yang lebih informatif iaitu menampilkan data yang sesuai nilainya (menampilkan label data dalam kata-kata) walaupun sebenarnya kita sedang bekerja menggunakan angka-angka (kod data).

Mengenal pasti cara penggunaan SPSS, cara-cara membina fail data SPSS dan transformasi data, penganalisaan data serta mengintrepretasi data diskriptif dan penghasilan carta dan graf adalah kemahiran yang sangat perlu sebagai seorang penyelidik mahupun kerjaya lain yang berkait dengan analisa dan interpretasi data. 

Pada akhir kursus ini peserta dapat: 

1. Mengaplikasi pemindahan data 

2. Membentuk analisis statistik terpilih 

3. Membentangkan keputusan analisis dalam kerangka yang berkaitan 
4. Menterjemah keputusan analisis statistik



Kursus Profesional Dalam Kepimpinan Berprestasi Tinggi




Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM akan menganjurkan "Kursus Profesional Dalam Kepimpinan". Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dalam kepimpinan ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi.


Siapa yang patut sertai?

Dikhususkan kepada pegawai peringkat pengurusan dan professional, peringkat eksekutif dan penolong pegawai.  Walaubagaimanapun ia turut terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran sebagai seorang ketua yang mahu mempunyai sikap profesionalime di dalam kepimpinan mereka untuk kegunaan di dalam urusan harian di tempat kerja.

Peserta yang mengikuti kursus ini akan mendapat kemahiran di dalam :
  • Membangunkan kualiti kepimpinan yang lebih berkesan
  • Memperkasakan nilai-nilai profesionalisme dalam kepimpinan berprestasi tinggi
  • Membangunkan keupayaan pengurusan perubahan organisasi yang terancang
  • Membangunkan kecemerlangan diri dan merangsang ke arah keseronokan bekerja sebagai satu pasukan melalui budaya kerja cemerlang
  • Membentuk semangat bekerjasama sebagai satu organisasi