Thursday, 1 August 2013

Kursus Profesional Dalam Kepimpinan Berprestasi Tinggi




Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM akan menganjurkan "Kursus Profesional Dalam Kepimpinan". Kursus ini bertujuan untuk meningkatkan profesionalisme dalam kepimpinan ke arah kecemerlangan sesebuah organisasi.


Siapa yang patut sertai?

Dikhususkan kepada pegawai peringkat pengurusan dan professional, peringkat eksekutif dan penolong pegawai.  Walaubagaimanapun ia turut terbuka kepada sesiapa sahaja yang berminat untuk meningkatkan kemahiran sebagai seorang ketua yang mahu mempunyai sikap profesionalime di dalam kepimpinan mereka untuk kegunaan di dalam urusan harian di tempat kerja.

Peserta yang mengikuti kursus ini akan mendapat kemahiran di dalam :
  • Membangunkan kualiti kepimpinan yang lebih berkesan
  • Memperkasakan nilai-nilai profesionalisme dalam kepimpinan berprestasi tinggi
  • Membangunkan keupayaan pengurusan perubahan organisasi yang terancang
  • Membangunkan kecemerlangan diri dan merangsang ke arah keseronokan bekerja sebagai satu pasukan melalui budaya kerja cemerlang
  • Membentuk semangat bekerjasama sebagai satu organisasi

Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada individu yang lain. Sesuatu yang menarik dalam kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang mempunyai struktur yang tersendiri dengan mewujudkan hubungan pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang cemerlang di dalam sesuatu organisasi memerlukan aktiviti-aktiviti yang dirancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya meningkatkan tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut. Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung besar kepada kepintaran seseorang pemimpin itu dalam mengaplikasikan profesionalisme dalam kepimpinan.

Pengurusan yang hanya menekankan kualiti tanpa mengambil kira kreativiti akan ketinggalan dan akhirnya menguruskan organisasi secara tradisional. Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) masa kini perlu diberikan suntikan baru supaya lebih peka tentang perubahan yang berlaku dalam pembentukan budaya korporat di samping bertindakbalas terhadap situasi global yang mampu menjejaskan kemampuan sesebuah pengurusan dalam organisasi. Untuk mencapai perubahan dalam struktur, perhubungan dan bentuk aktiviti yang mengintergrasikan kesemua matlamat. Pengurusan sesebuah organisasi itu perlu membuat penyesuaian terhadap perubahan dalam paradigma pemikiran. 

Yuran Penyertaan:

Penginapan Seorang : RM 1190.00 seorang
Penginapan Berkongsi   : RM 890.00 seorang