Thursday, 26 December 2013

KURSUS PENTERNAKAN KAMBING PEDAGING

Industri ternakan kambing di Negara ini telah mula berkembang dengan baik. Ini dapat dilihat melalui permintaan yang meningkat terhadap daging kambing terutamanya semasa musim perayaan. Daging kambing mempunyai pasaran yang tersendiri serta mempunyai nilai khasiat yang tinggi. 

Industri ini dilihat sangat berpotensi dan boleh dikomersialkan dengan perancangan serta strategi pemasaran yang berkesan. Selain itu, kemahiran dan pengetahuan teknik dalam pengendalian dan pengurusan ternakan kambing juga sangat penting dalam memastikan kejayaan dalam industry penternakan kambing ini. 

Sehubungan dengan itu, kursus ini dianjurkan supaya penternak atau bakal penternak dapat:

  • Mengetahui asas-asas dalam pengurusan ternakan kambing pedaging
  • Mengenal pasti dan memilih baka-baka yang sesuai bagi memulakan penternakan kambing
  • Mengetahui teknik-teknik asas penjagaan kesihatan dan rawatan penyakit kambing

DEMOSTRASI  RAWATAN PENYAKIT KAMBING ADA DIJALANKAN!!


Yuran Penyertaan: RM 350.00 seorang

Tarikh: 15 -16 Februari 2014 (Sabtu-Ahad)

Tempat: Taman Pertanian Universiti (TPU), UPM