Tuesday, 3 June 2014

KURSUS PEMBIAKAN DAN PEMAKANAN AYAM KAMPUNG

Tarikh: 21-22 JUN 2014

Tempat: BILIK LATIHAN, UCTC UPM

Anjuran: Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

Pengenalan:

Bekalan anak ayam kampung adalah tidak mencukupi walaupun dianggarkan daging ayam kampung menyumbang hanya sebanyak 4 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam. Sumber dari luar bandar atau kampung adalah tidak mencukupi untuk mengatasi kekurangan bekalan ayam kampung. Lebih-lebih lagi ayam kampung di luar bandar kurang diberi perhatian dalam kawalan penyakit dan ancaman lain. Akibatnya, merata-rata di luar bandar wabak penyakit sampar (Newcastle disease) berleluasan dan menyebabkan kematian yang tinggi.

KURSUS PERTANIAN SEBAGAI KERJAYA

Tarikh: 13, 14 & 15 Jun 2014

Tempat: Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia (UPM), Serdang Selangor

Sinopsis:

Pertanian merupakan perniagaan, jadi tiada had sejauh mana seseorang itu boleh maju. Justeru, kursus ini dibentuk sebagai pendedahan awal dalam bidang pertanian. Diharapkan peserta dapat mendalami serta lebih mengenali bidang pertanian seterusnya menarik minat masyarakat untuk menjadi ushawantani berjaya.