Tuesday, 3 June 2014

KURSUS PEMBIAKAN DAN PEMAKANAN AYAM KAMPUNG

Tarikh: 21-22 JUN 2014

Tempat: BILIK LATIHAN, UCTC UPM

Anjuran: Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)

Pengenalan:

Bekalan anak ayam kampung adalah tidak mencukupi walaupun dianggarkan daging ayam kampung menyumbang hanya sebanyak 4 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam. Sumber dari luar bandar atau kampung adalah tidak mencukupi untuk mengatasi kekurangan bekalan ayam kampung. Lebih-lebih lagi ayam kampung di luar bandar kurang diberi perhatian dalam kawalan penyakit dan ancaman lain. Akibatnya, merata-rata di luar bandar wabak penyakit sampar (Newcastle disease) berleluasan dan menyebabkan kematian yang tinggi.


Kekurangan bekalan anak ayam kampung membuka peluang kepada bidang usaha penternakan ayam pembiakbaka. Beberapa ladang swasta membekalkan anak ayam kampung kacuka atau ayam warna yang dihasilkan melalui usaha pembiakan berasaskan baka import. UPM mengorak langkah menghasilkan baka ayam kampung yang berasaskan ayam kampung tempatan yang digabungkan dengan ayam hutan yang dinamakan Akar Putra.

Objektif Kursus:

Pada akhir kursus ini peserta:


  • Mendapat pengetahuan dalam merancang pengeluaran anak ayam kampung secara skala besar dan sistematik
  • Mendapat pengetahuan dalam pengurusan pemakanan dan pembiakan ayam kampung pembiakbaka
  • Memperolehi pendedahan berkaitan pengurusan pemakanan dan teknologi pembiakan ayam kampung oleh pengusaha tempatan

Penceramah:

Prof. Madya Dr. Azhar Kassim
Pensyarah
Fakulti Pertanian, UPM


Yuran Penyertaan:

RM 400.00 seorang

Hubungi:

Nafisah (03-89471819), Hazreen Diana (03-89471816), Khairul Azmi (03-89464113) atau email: a_nafizah@upm.edu.my, hazreendiana@upm.edu.my, khairulazmi@upm.edu.my