Thursday, 16 October 2014

KURSUS AGRO "BOS"

TARIKH: 6-8 DISEMBER 2014
TEMPAT: PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI (UCTC)
YURAN: RM 500.00 (Termasuk makan minum dan nota)

PENGENALAN:
Pertanian merupakan perniagaan, jadi tiada had sejauh mana seseorang itu boleh maju. Namun, bidang pertanian apa yang perlu dipilih? Tanaman? Ternakan? ataupun Akuakultur? yang menjadi idaman hati. Justeru, kursus ini dibentuk sebagai pendedahan awal dalam sektor pertanian dan supaya peserta dapat membuat pilihan yang terbaik bersesuaian dengan kehendak diri.

Dengan adanya kursus ini, diharapkan peserta dapat mendalami serta lebih mengenali bidang pertanian seterusnya menarik minat masyarakat untuk menjadi usahawantani berjaya.

Pendedahan akan diberikan kepada industri tanaman, ternakan, dan akuakultur di samping pendedahan kepada pasaran dan peluang pinjaman (Agrobank). Peserta juga boleh menimba ilmu dari usahawanwani berjaya untuk dijadikan mentor mereka.

HASIL PEMBELAJARAN:

1. Memberi satu konsep pembelajaran kepada peserta untuk mendalami bidang pertanian sebagai pilihan kerjaya
2. Peserta dapat membuat perbandingan dalam membuat pilihan (jenis bidang pertanian yang terbaik)
3. Peserta yakin akan pertanian adalah perniagaan yang perlu diceburi.

PENDEDAHAN YANG DIBERIKAN:

*Industri Tanaman
*Industri Ternakan
*Industri Akuakultur
*Pasaran dan peluang pinjaman (AgroBank)
*Perkongsian Pengalaman Usahawantani Berjaya
*Lawatan Ladang

SASARAN PESERTA:

* Usahawan Muda /Usahawan Tani
* Graduan Universiti /Kolej /Pelajar
* Kakitangan Kerajaan / Swasta
* Individu yang berminat dalam pertanian

HUBUNGI:

Kepada sesiapa yang berminat sila hubungi terus ke talian 03-89471816 /1809 / 8946 4113 atau email ke hazreendiana@upm.edu.my / khairul@upm.edu.my