Thursday, 16 October 2014

KURSUS PEMBIAKAN TANAMAN SECARA TISU KULTUR

TARIKH:  17-19 NOVEMBER 2014
YURAN SEBANYAK: RM 800.00 (Termasuk makan minum dan nota)
TEMPAT: Makmal AgroBioteknologi, Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia


PENGENALAN:
Teknik kultur tisu adalah salah satu cara untuk membiakkan sel hidup. Ia bukan sahaja diaplikasikan terhadap manusia dan haiwan malah pelbagai jenis tumbuhan. Kultur tisu merupakan satu pembiakan bahan klon tanaman yang seragam dan yang sama 100% dengan pokok induk.

Ia sangat perlu dalam pembekalan bahan tanaman yang berkualiti tinggi, terutamanya untuk penanaman secara besar-besaran. Ia dapat memberi kemudahan pengenalan yang cepat untuk varieti baru dalam pasaran.

HASIL PEMBELAJARAN:

* Dapat mempelajari teori kultur tisu, garis panduan membangunkan sebuah makmal, keperluan asas dan langkah utama dalam proses pembiakan tanama secara kultur tisu.

* Dapat memberi satu konsep pembelajaran khusus kepada para individu seperti Usahawan Tani, guru Pendidikan Sains Pertanian yang ingin membuat sendiri anak benih secara praktikal.

* Dapat melahirkan peserta yang berupaya mengaplikasi teknik baru pengeluaran anak benih tanaman dalam kuantiti lebih banyak dengan cepat dan bermutu tinggi daripada satu induk terpilih.

SASARAN PESERTA:

* Guru Pendidikan Sains Pertanian
* Usahawan Muda /Usahawan Tani
* Badan Swasta/Kerajaan
* Pelajar/Lepasan Universiti
* Individu yang berminat dalam teknologi terkini pembenihan tanaman melalui kaedah kultur tisu

HUBUNGI:
Kepada yang berminat sila hubungi terus ke talian 03-8947 1816 / 1809 / 4113 atau email ke hazreendiana@upm.edu.my / khairulazmi@upm.edu.my