Thursday, 2 October 2014

KURSUS PENGELUARAN DAN PEMAKANAN AYAM KAMPUNG



 TARIKH: 18-19 OKTOBER 2014
TEMPAT: BILIK LATIHAN, UCTC, UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
   PENGENALAN:

Industri ayam merupakan sektor ekonomi yang penting kerana daging ayam merupakan bekalan protein murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk negara.
Pada masa kini, berikutan kesedaran kesihatan dan perubahan citarasa, daging ayam kampung menyumbang sebanyak 5 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam negara. Ayam kampung dalam pasaran tempatan terdiri dari ayam kampung asli yang perlu dipelihara melampaui 16 minggu manakala ayam kampung kacukan perlu dipelihara selama 8 minggu sahaja. Kekurangan bekalan ayam kampung asli telah mendorong usaha pembiakan ayam kampung kacukan yang hamper sama dari segi warna tetapi mencapai saiz kematangan lebih awal. Walau bagaimana pun hanya terdapat sebilangan kecil sahaja ladang pembiak baka yang mengeluarkan anak ayam kampung baka kacukan yang berkualiti.
Kekurangan bekalan ayam kampung membuka peluang kepada bidang usaha penternakan ayam pembiak baka. UPM mengorak langkah menghasilkan baka ayam kampung yang merupakan kacukan diantara ayam kampung tempatan yang digabungkan dengan ayam hutan yang dinamakan AKAR PUTRATM. Justeru itu, pengalaman UPM dalam aspek pengeluaran dan pemakanan akan dikongsikan di dalam kursus ini.


OBJEKTIF:

Pada akhir kursus ini peserta akan dapat :
·Merancang pengeluaran anak ayam kampung secara skala besar dan sistematik
·Pengetahuan dalam pengurusan pemakanaan dan pengendalian ayam kampung kacukan.

TENTATIF PROGRAM:
 

Hari Pertama              :          18 Oktober 2014 (Sabtu)
8:00 pg                         :           Pendaftaran peserta
8.30 - 10:00 pg            :           Prospek industri ayam kampung
10:00 - 10:30 pg          :           Rehat
10:30 - 12:30 tgh         :           Amalan pemilihan dan pembiakan
12:30 - 2:00 ptg           :           Makan Tengahari / Rehat
2:00 - 4.00 ptg             :           Amalan pemakanan dan pemberian Makanan
4:00 - 6:00 ptg             :           Amalan pengendalian telur, eraman dan tetasan

Hari Kedua                 :        19 Oktober 2014 (Ahad)
8.00 - 8.45 pg              :         Sarapan pagi
8.45 - 2.00 ptg             :         Pendedahan dan amali berkaitan
Pembiakan dan penetasan ayam kampung AKAR PUTRATM di Ladang 2, UPM.
Lawatan projek pembesaran ayam kampung di Ladang 10, UPM.
2.00 ptg                       :         Makan tengahari dan penutup

 

PENCERAMAH:

Prof. Madya Dr. Azhar Kasim
(Penyelidik Ayam Kampung Berjaya, Hasilkan Hibrid Ayam Kampung AKAR PUTRATM)
Pensyarah Jabatan Sains Haiwan
Fakulti Pertanian

Sebarang pertanyaan sila hubungi terus ke talian 03-8947 1807 / 89471819 / 1816 / 1845 / 89464113
atau email ke dayamisran93@gmail.com