Thursday, 26 November 2015

KURSUS PENGELUARAN AYAM KAMPUNG

17-18 DISEMBER 2015

TEMPAT

BILIK LATIHAN UCTC,UPM 

YURAN PENYERTAAN 

RM400.00 

PENGENALAN

Industri ayam merupakan sektor sosioekonomi yang penting kerana daging ayam merupakan sumber protein murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk Negara dan boleh menjadi punca pendapatan yang baik di luar bandar.
Pada masa kini, berikutan kesedaran kesihatan dan perubahan citarasa, permintaan daging ayam kampung telah meningkat dan menyumbang lebih kurang 6 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam negara. Ayam kampung asli perlu dipelihara melampaui 16 minggu manakala kini wujudnya ayam kampung kacukan yang hanya memerlukan tempoh peliharaan  selama 8 minggu sahaja. Kekurangan bekalan ayam kampung asli telah mendorong usaha pembiakan ayam kampung kacukan yang hampir sama dari segi warna tetapi mencapai saiz kematangan lebih awal. Walaubagaimanapun hanya terdapat sebilangan kecil sahaja ladang pembiakbaka yang mengeluarkan anak ayam kampung baka kacukan yang berkualiti.
            Kekurangan bekalan ayam kampung membuka peluang kepada bidang usaha penternakan ayam pembiakbaka. UPM mengorak langkah menghasilkan baka ayam kampung yang merupakan gabungan di antara ayam kampung tempatan dengan ayam hutan yang dinamakan AKAR PUTRATM.  Justeru itu, pengalaman UPM dalam aspek pengeluaran dan pembiakbakaan dikongsikan di dalam kursus ini. 

Monday, 12 October 2015

KURSUS RAHSIA WALIT MENINGKATKAN JUMLAH DAN MUTU SARANG WALIT



TEMPAT :

BILIK LATIHAN UCTC, UPM


TARIKH :
5-6 NOVEMBER 2015

ANJURAN : 
PUSAT TRANSFORMASI KOMUNITI UNIVERSITI (UCTC), UPM

YURAN : RM 430.00 



PENGENALAN

Sarang burung walit menjana pendapatan baik dengan syarat skala tuaian sarangnya melampauai seratus sarang sebulan. Gua tidak lagi menjadi habitat pilihan walit sebab aplikasi teknologi terkini dalam rumah walit dapat menandingi keadaan dalam gua. Teknologi terkini akan dikongsi dalam kursus ini bagi memastikan penambahan bilangan sarang dan kualiti sarang yang tinggi.

Tuesday, 6 October 2015

KURSUS AGRO “BOSS”


21 - 23 NOVEMBER 2015

PENGENALAN
Pertanian merupakan perniagaan, jadi tiada had sejauh mana seseorang itu boleh maju. Namun, bidang pertanian apa yang perlu dipilih? Tanaman? Ternakan? ataupun akuakultur? yang menjadi idaman hati. Justeru, kursus ini dibentuk sebagai pendedahan awal dalam sektor per-tanian dan supaya peserta dapat membuat pili-han yang terbaik bersesuaian dengan kehendak diri.

Dengan adanya kursus ini, diharapkan peserta dapat mendalami serta lebih mengenali bidang pertanian seterusnya menarik minat masyarakat untuk menjadi usahawantani berjaya.

Pendedahan akan diberikan kepada industri tanaman, ternakan, dan akuakultur di samping pendedahan kepada pasaran dan pelu-ang pinjaman (Agrobank). Peserta juga boleh menimba ilmu dari usahawantani berjaya untuk dijadikan mentor mereka.

SASARAN PESERTA
 Usahawan Muda/usahawan tani
Graduan universiti/kolej/pelajar
Kakitangan kerajaan & swasta
Individu yang berminat dalam pertanian

TENAGA PENGAJAR
Prof. Madya Dr. Uma Rani Sinniah
Prof. Madya Dr. Azhar Kasim
Encik Abdullah Abd Rahim
Fakulti Pertanian
Universiti Putra Malaysia

Wakil AgroBank
Usahawantani Berjaya

YURAN PENYERTAAN 
RM500.00

Untuk keterangan lanjut sila hubungi
Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC)
43400 UPM Serdang, Selangor
(u/p : Hazreen / Khairul )
Tel : 03-8947 1816 / 1810 / 1809
Faks : 03-8946 4114/4107
Email : hazreendiana@upm.edu.my / khairulazmi@upm.edu.my

Tuesday, 20 January 2015

KURSUS REKA BENTUK MEDIA DAN GRAFIK PADA 25 & 26 Mac 2015



Sinopsis


Reka Bentuk Media Dan Grafik adalah gabungan prinsip photoshop dan seni grafik berasaskan medium media elektronik teknologi maklumat. Reka bentuk ini melibatkan proses serta teknik dalam olahan idea yang merangkumi pengaplikasian tiga elemen utama iaitu teknik warna, teks, dan gerakan grafik dalam penyampaian maklumat. Kesesuaian reka bentuk menghasilkan persembahan secara berkesan dan menarik pada proses akhir pengeditan media dan grafik. Sejajar dengan tuntutan semasa bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengiklanan dan publisiti disektor korporat tertentu, seperti agensi swasta, kerajaan, dan syarikat GLC. Melalui pengenalan model kursus  ini, nilai kualiti dalam penghasilan reka bentuk media dan grafik dapat ditingkatkan.

Yuran kursus ialah  RM 450.00 untuk seorang (yuran kursus ;  alatan kursus, makan tengahari, minum pagi dan petang serta sijil,  tidak termasuk penginapan)

Untuk maklumat lanjut sila hubungi :

Tel : 03-8947 1845  (Fauzi)                  
Faks : 03-8946 4114/4107
Email : fauzi_sidi@upm.edu.my