Thursday, 26 November 2015

KURSUS PENGELUARAN AYAM KAMPUNG

17-18 DISEMBER 2015

TEMPAT

BILIK LATIHAN UCTC,UPM 

YURAN PENYERTAAN 

RM400.00 

PENGENALAN

Industri ayam merupakan sektor sosioekonomi yang penting kerana daging ayam merupakan sumber protein murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk Negara dan boleh menjadi punca pendapatan yang baik di luar bandar.
Pada masa kini, berikutan kesedaran kesihatan dan perubahan citarasa, permintaan daging ayam kampung telah meningkat dan menyumbang lebih kurang 6 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam negara. Ayam kampung asli perlu dipelihara melampaui 16 minggu manakala kini wujudnya ayam kampung kacukan yang hanya memerlukan tempoh peliharaan  selama 8 minggu sahaja. Kekurangan bekalan ayam kampung asli telah mendorong usaha pembiakan ayam kampung kacukan yang hampir sama dari segi warna tetapi mencapai saiz kematangan lebih awal. Walaubagaimanapun hanya terdapat sebilangan kecil sahaja ladang pembiakbaka yang mengeluarkan anak ayam kampung baka kacukan yang berkualiti.
            Kekurangan bekalan ayam kampung membuka peluang kepada bidang usaha penternakan ayam pembiakbaka. UPM mengorak langkah menghasilkan baka ayam kampung yang merupakan gabungan di antara ayam kampung tempatan dengan ayam hutan yang dinamakan AKAR PUTRATM.  Justeru itu, pengalaman UPM dalam aspek pengeluaran dan pembiakbakaan dikongsikan di dalam kursus ini.