Thursday, 26 November 2015

KURSUS PENGELUARAN AYAM KAMPUNG

17-18 DISEMBER 2015

TEMPAT

BILIK LATIHAN UCTC,UPM 

YURAN PENYERTAAN 

RM400.00 

PENGENALAN

Industri ayam merupakan sektor sosioekonomi yang penting kerana daging ayam merupakan sumber protein murah dan berkualiti tinggi kepada penduduk Negara dan boleh menjadi punca pendapatan yang baik di luar bandar.
Pada masa kini, berikutan kesedaran kesihatan dan perubahan citarasa, permintaan daging ayam kampung telah meningkat dan menyumbang lebih kurang 6 peratus kepada jumlah keseluruhan pengeluaran daging ayam negara. Ayam kampung asli perlu dipelihara melampaui 16 minggu manakala kini wujudnya ayam kampung kacukan yang hanya memerlukan tempoh peliharaan  selama 8 minggu sahaja. Kekurangan bekalan ayam kampung asli telah mendorong usaha pembiakan ayam kampung kacukan yang hampir sama dari segi warna tetapi mencapai saiz kematangan lebih awal. Walaubagaimanapun hanya terdapat sebilangan kecil sahaja ladang pembiakbaka yang mengeluarkan anak ayam kampung baka kacukan yang berkualiti.
            Kekurangan bekalan ayam kampung membuka peluang kepada bidang usaha penternakan ayam pembiakbaka. UPM mengorak langkah menghasilkan baka ayam kampung yang merupakan gabungan di antara ayam kampung tempatan dengan ayam hutan yang dinamakan AKAR PUTRATM.  Justeru itu, pengalaman UPM dalam aspek pengeluaran dan pembiakbakaan dikongsikan di dalam kursus ini. 

Pada akhir kursus ini peserta akan dapat :
· Tips bagi menghasilkan sendiri baka ayam kampung mengikut ciri yang diingini.
· Pengurusan ayam pembiakbaka, pengurusan eraman dan tetasan serta merancang pengeluaran anak ayam kampung secara sistematik
· Perkembangan terkini dalam pengurusan pembesaran, kesihatan, pemakanaan ayam kampung.

ATUR ACARA

Hari Pertama
17 Disember2015 (Khamis)
8:00 pg
Pendaftaran peserta
8.30 - 10:00 pg
Tips menghasilkan baka  ayam  kampung
10:00 - 10:30 pg
Rehat
10:30 - 12:30 tgh
Pengurusan ayam pembiakbaka
12:30 - 2:00 ptg
MakanTengahari / Rehat
2:00 - 3.30 ptg
Amalan eraman dan tetasan
3:30 - 6:00 ptg
Pendedahan kepada pengurusan ayam pembiakbaka,                                            eraman dan  tetasan di ladang UPM
Hari Kedua
18 Disember 2015 (Jumaat)
8.00 - 8.45 pg
Sarapan pagi
8.45 - 10.00 pg
Amalan perladangan organik
10.00 - 10.30 pg
Rehat
10:30 - 11:30 tgh
Pendekatan terkini dalam pengurusan, pembesaran, kesihatan dan pemakanan ayam kampung
11.30 - 1.00ptg
Perbincangan/Soal-jawab
1.00 ptg
Makan tengahari
2.30 ptg
Lawatan ke ladang ternakan ayam kampung komersial

SASARAN PESERTA

¨ Usahawan Muda/usahawan tani
¨ Graduan universiti/kolej/pelajar
¨ Kakitangan kerajaan & swasta
¨ Individu yang berminat dalam Bidang pertanian

TENAGA PENGAJAR

Prof. Madya Dr. Azhar Kasim
(Penyelidik Ayam Kampung Berjaya, Hasilkan Hibrid Ayam Kampung AKAR  PUTRATM )
          Fakulti Pertanian ,
          Universiti Putra Malaysia

¨ Usahawan Ayam Kampung Berjaya


Pusat Transformasi Komuniti Universiti  (UCTC UPM),
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
43400 UPM Serdang, Selangor.



Tel : 03-8947 1819 / 1810 / 1845


Faks : 03-8946 4107


Email:a_nafizah@upm.edu.my


Web : www.uctc.upm.edu.my