Thursday, 11 February 2016

KURSUS ADOBE PHOTOSHOP

TARIKH : 23-24 MAC 2016
TEMPAT : UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA


PENGENALAN

Adobe Photoshop adalah penyunting grafik yang dikembangkan dan diterbitkan oleh Adobe Systems. Photoshop adalah kaedah baru dalam penyediaan rekaan sama ada dalam bidang penerbitan, pencetakkan, pengiklanan, editing gambar dan lain-lain. Penggunaannya sangat meluas serta efisyen di organasasi swasta mahupun kerajaan diera ini. Pelbagai idea boleh diteroka dan dipelajari menerusi Adobe Photoshop. Menyedari keperluan dan kepentingan Adobe Photoshop dilapangan kerja, pihak Universiti Putra Malaysia, melalui Pusat Transformasi Komuniti Universiti telah mengarap kursus ini bagi memberi kemudahan kepada individu atau anggota organisasi yang berminat untuk mempelajari kemahiran baru ini.

OBJEKTIF KURSUS
1)Mempelajari teknik-teknik mereka bentuk gambar.

2)Mendedahkan kemahiran menggunakan aplikasi Adobe Photoshop berdasarkan latihan kreativiti dan inovasi daya cipta imej.

3)Berkongsi pengetahuan kaedah pengolahan imej yang berkesan dan menarik
 
KUMPULAN SASARAN
Pekerja dibidang penerbitan, firma pengiklanan kecil dan sederhana, pembekal billboard, pereka seni,  pelukis pelan, jurugambar, pegawai teknologi maklumat, jurubina, dan individu yang memerlukan kemahiran dalam pengaplikasian Adobe Photoshop dalam lapangan agensi.


PENCERAMAH

Tenaga pengajar terdiri daripada pakar ICT Pembangunan Maklumat dan Komunikasi IDEC Universiti Putra Malaysia.



YURAN
Yuran kursus ialah RM 530.00 termasuk 6% GST untuk seorang (yuran kursus, alatan kursus, makan, tengahari, minum pagi dan petang serta sijil, tidak termasuk penginapan).





Untuk keterangan lanjut :

Pusat Trasformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
(u/p : En. Mohd Fauzi Sidi)
Tel : 03-8947 1845
Faks : 03-8946 4107
E-mail : fauzi_sidi@upm.edu.my