Thursday, 21 April 2016

KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB

Tarikh : 24-25 Mei 2016

Tempat : Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN

Kemodenan dan perkembangan arus teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk dalam bidang perniagaan seperti penawaran produk dan perkhidmatan. Sejajar dengan pembangunan ICT pada masa kini, perniagaan dihujung jari menerusi laman web semakin popular di kalangan ahli perniagaan. Urusan perniagaan tidak perlu dihabiskan di premis perniagaan lagi, malahan laman telah menjadi pusat rujukan informasi yang terpenting kepada pengguna. Maklumat di internet dapat diakses dengan mudah dari serata dunia tanpa sekatan. Laman web mengembangkan perniagaan kepada lebih ramai prospek dan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada para usahawan. Melalui kursus ini peserta akan dapat meningkatkan pengetahuan dalam kaedah memasarkan produk dan perkhidmatan serta dapat membina laman web sendiri.