Thursday, 21 April 2016

KURSUS PEMBANGUNAN LAMAN WEB

Tarikh : 24-25 Mei 2016

Tempat : Universiti Putra Malaysia

PENGENALAN

Kemodenan dan perkembangan arus teknologi maklumat dan komunikasi telah membawa banyak perubahan dalam pelbagai aspek kehidupan manusia termasuk dalam bidang perniagaan seperti penawaran produk dan perkhidmatan. Sejajar dengan pembangunan ICT pada masa kini, perniagaan dihujung jari menerusi laman web semakin popular di kalangan ahli perniagaan. Urusan perniagaan tidak perlu dihabiskan di premis perniagaan lagi, malahan laman telah menjadi pusat rujukan informasi yang terpenting kepada pengguna. Maklumat di internet dapat diakses dengan mudah dari serata dunia tanpa sekatan. Laman web mengembangkan perniagaan kepada lebih ramai prospek dan menjanjikan pulangan yang lumayan kepada para usahawan. Melalui kursus ini peserta akan dapat meningkatkan pengetahuan dalam kaedah memasarkan produk dan perkhidmatan serta dapat membina laman web sendiri.



OBJEKTIF KURSUS

Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat :-

· Mendedahkan fungsi dan keupayaan laman web sebagai sarana publisiti

· Mengaplikasikan kaedah dan proses pembangunan laman web

· Menghuraikan ciri dan struktur laman web

KUMPULAN SASARAN

Pereka laman sesawang, pereka grafik, baik pulih komputer, jurukamera, pengusaha IKS, pegawai teknologi maklumat, eksekutif pemasaran, petugas dibidang penerbitan, tenaga pegajar, pelajar, pengaturcara, web master amatur, dan individu yang berminat untuk mempelajari kaedah ICT terkini serta menjana pendapatan tambahan melalui pengetahuan membina laman web.



PENCERAMAH

Terdiri daripada pegawai Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (IDEC, UPM) yang berpengalaman di dalam pembangunan laman.


YURAN KURSUS

Yuran kursus ialah RM 530.00 termasuk 6% GST untuk seorang (yuran kursus, alatan kursus, makan, tengahari, minum pagi dan petang serta sijil, tidak termasuk penginapan).