Monday, 10 October 2016

KURSUS PENYUNTINGAN VIDEO DIGITAL



TARIKH : 28-29 SEPTEMBER 2016
TEMPAT: PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (IDEC), UPM



PENGENALAN
Kursus ini memperkenalkan peserta kepada asas penyuntingan video secara digital menerusi perisian terpilih. Pengeditan menerusi video merupakan salah satu teknik penyusunan bahagian-bahagian tertentu video sehingga menjadi satu adunan lengkap dalam mendokumentasikan maklumat video yang diperlukan oleh sesebuah organisasi, sama ada dalam bentuk video dokumentari, komersial, korporat dan lain-lain. Proses dalam penyuntingan merupakan aliran kerja yang sangat penting bagi menghasilkan persembahan video yang menarik, kemas dan efektif.

OBJEKTIF KURSUS
Di akhir kursus ini, para peserta akan dapat :-
  •       Meneroka teknik baru dalam pengaplikasian teknologi media penyuntingan video digital. 
  •     Meningkatkan tahap kemahiran dan kreativiti dalam menerbitkan visual dengan praktis aplikasi    software terkini.
  •     Memberikan pendedahan asas dalam pengadunan visual, audio, gambar grafik, dan kesan khasdalam suntingan video.

      PENCERAMAH 
    Terdiri daripada pensyarah UPM dan pegawai dari Pusat Pembangunan dan Pengurusan Maklumat (IDEC, UPM) yang berpengalaman di dalam penyuntingan video digital.


KUMPULAN SASARAN

Pekerja dibidang penerbitan,  pegawai teknologi maklumat, eksekutif pemasaran, editor, juruteknik multimedia, tenaga pengajar, pegawai penyelidik, jurukamera, pembangun aplikasi multimedia, pereka, pegawai kerajaan yang terlibat dengan aktiviti pendokumentasian projek dalam bentuk multimedia, usahawan muda dalam aplikasi multimedia, pembangun laman sesawang, dan individu yang berminat untuk mempelajari serta memperkembangkan ilmu pegetahuan dalam bidang video editing.


YURAN KURSUS

Yuran kursus ialah RM 530.00 termasuk 6% GST untuk seorang (yuran kursus, alatan kursus, makan, tengahari, minum pagi dan petang serta sijil, tidak termasuk penginapan).



Untuk keterangan lanjut :

Pusat Trasformasi Komuniti Universiti (UCTC)
Universiti Putra Malaysia
43400 UPM Serdang, Selangor
(u/p : En. Fauzi / En. Nik / Pn. Nafisah / En. Adip / Pn. Norlela / En. Khairul / Cik Dayah
Tel : 03-8947 1845 / 1814 / 1819 / 1826 / 1847 / 1810 / 1809
Faks : 03-8946 4107
E-mail : fauzi_sidi@upm.edu.my