Sunday, 16 October 2016

UPM dan Jabatan Hutan Sarawak rintis kerjasama peyelidikan dan pengurusan hutan

Oleh Khairul Anuar Muhamad Noh

BINTULU, 10 Okt - Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Jabatan Hutan Sarawak meningkatkan usaha penyelidikan bersama merangkumi pembangunan latihan kakitangan, pembangunan kurikulum untuk latihan skim perkhidmatan renjer hutan dan usaha pembangunan pengurusan hutan secara bersama amnya di kepulauan Borneo dan khususnya di Sarawak.

Kedua-dua pihak mennadatangani memorandum persefahaman (MoU)yang diadakan di Dewan Sri Kenyalang UPM meliputi kerjasama dalam membangunkan pelan strategik taman-taman negara di Sarawak.
 
MoU itu ditandatangani Naib Canselor UPM, Prof Datin Paduka Dr Aini Ideris, manakala Jabatan Hutan Sarawak pula diwakili oleh Penolong Pengarah Hutan Kanan, Jabatan Hutan Sarawak Jack Ak Liam sambil disaksikan Pro Canselor UPM, Tan Sri Mohamad Bakke Saleh.