Thursday, 8 December 2016

KURSUS PEMBIAKAN DAN PENGURUSAN AYAM KAMPUNG

Tarikh: 17-18 Disember 2016

Tempat: Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), UPM

Yuran: RM400.00 (tanpa penginapan)


Pengenalan:

Ayam kampung atau panggilan lainnya, ayam kampung asli, telah diperakui mutu dagingnya melalui beberapa kajian saintifik. Tekstur daging ayam kampung adalah kenyal dan rasanya lebih enak dari daging ayam kacuk dan hybrid-hybrid komersil yang lain. UPM telah dapat menghasilkan baka ayam kampung untuk tujuan komersil. Kejayaan ini adalah melalui peroses pemilihan rapi dan pembiakan berasaskan ayam kampung tempatan, termasuk kacukan ayam hutan - ayam kampung yang terhasil secara semula jadi di UPM. Ayam kampung UPM boleh dipasarkan mulai umur 10 minggu ketika berat hidup antara 1.0kg ke 1.4kg.

Keunikan ayam kampung UPM ialah ia jenis dwi-gunaan, yakni untuk daging dan juga telur. Pengeluaran telur bernas mencecah 150 biji sehingga umur produktif, 80 minggu. Ini tercapai dengan sifat ia tidak mengeram. Berat telur melampaui 50 gram bagi menghasilkan anak dengan berat badan yang boleh melampaui 35 gram. Tahap imuniti yang baik dengan daya tahan kepada penyakit Marek’s, Gumboro dan Koksidiosis. Baka ayam kampung UPM sesuai untuk semua sistem pengurusan dari sistem intensif ke sistem organik.


Pada akhir kursus ini peserta dapat :


1. Pengetahuan dan pendedahan dalam pengurusan ayam pembiakbaka, pengurusan eraman dan tetasan serta merancang pengeluaran anak ayam kampung secara sistematik


2. Ilmu mengenai tips bagi menghasilkan sendiri baka ayam kampung mengikut ciri yang diingini.

3. Mempelajari perkembangan terkini dalam sistem pengurusan, amalan kesihatan gerompok, dan amalan pemakanaan konvensional dan organik.


Untuk pertanyaan lanjut hubungi:

Talian 03-8947 1819/ 1810/ 1845/ 1826 atau e-mel ke (a_nafizah@upm.edu.my)

Faks : 03-8946 4107 / 4114