Sunday, 5 February 2017

KURSUS FERTIGASI – ASAS PENGURUSAN TANAMAN HERBA (HALIA)

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC), Universiti Putra Malaysia akan mengadakan Kursus Fertigasi -  Asas Pengurusan Tanaman Herba (Halia) selama 2 hari pada 22-23 Februari 2017 bertempat di Pusat Transformasi Komuniti Universiti, Universiti Putra Malaysia.

Kursus 2 hari ini merangkumi aspek teori dan amali untuk tanaman herba (memfokuskan kepada tanaman halia). Teori dan amali akan merangkumi:

o   Penyediaan kawasan dan media tanaman
o   Penyediaan bahan tanaman
o   Penyediaan larutan baja
o   Amali pemasangan sistem fertigasi (sistem pengairan)
o   Amali pembajaan

























·         Terbuka untuk semua individu perseorangan, agensi-agensi kerajaan, jabatan kerajaan mahupun institusi pengajian

·         Yuran penyertaan kursus adalah RM450.00/seorang (tidak termasuk penginapan)

·         Modul kursus fertigasi ini yang padat dan lengkap sesuai untuk disertai oleh peserta dalam jangka masa yang singkat serta disampaikan oleh tenaga pakar pengajar daripada Fakulti Pertanian, Universiti Putra Malaysia.

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi kami di talian 03-8947 1826 (Adip) atau 03-8947 1810 (Khairul) atau daftar terus ke Borang Online

Sekian, terima kasih.