Perkhidmatan / Services

KURSUS YANG DITAWARKAN

COURSES OFFERED

1. Kursus Berjadual

UCTC UPM akan mempromosikan program yang akan dijalankan melalui akhbar, portal pembelajaran sepanjang hayat (www.kursusupm.blogspot.com) dan melalui surat jemputan kepada agensi berkaitan. Peserta atau agensi yang berminat boleh mendaftar melalui borang permohonan yang disediakan di portal atau menghubungi terus pihak UCTC.

1. Scheduled Courses

UCTC UPM promotes its programmes through newspaper advertisements, its lifelong learning portal (www.kursusupm.blogspot.com) and invitation letters to relevant agencies. Interested participants or agencies can register either by completing the application form available at the portal or by contacting UCTC staff directly.

2. Kursus Tidak Berjadual

Kursus Tidak Berjadual biasanya dipohon oleh agensi yang memerlukan kursus dan latihan dalam bidang tertentu. Pihak syarikat atau agensi perlu mengeluarkan surat permohonan terlebih dahulu kepada UCTC sebelum pihak UCTC mengemukakan kertas cadangan dan implikasi kewangan. Sekiranya cadangan yang dikemukakan itu dipersetujui oleh pemohon, kursus akan dijalankan mengikut persetujuan.

    2. Unscheduled Courses

Unscheduled courses are offered to any agencies requiring a special training in a specific area. Interested agency is required to submit an application to UCTC before a proposal and service quotation are issued by UCTC. Upon acceptance, the requested course will be conducted.