FAQ


1)Apakah bentuk kursus/latihan yang dianjurkan oleh bahagian ini?

Jawapan:
  • Menyediakan pakej latihan dan kursus. 
  • Mengendalikan kursus dan latihan luar dan dalam UPM. 
  • Membantu entiti UPM dalam kegiatan penyebaran dan perkongsian. pengetahuan seperti mengadakan persidangan, seminar, kursus, latihan dan bengkel. 
2) Siapakah kumpulan sasaran yang disasarkan berkaitan kursus/latihan yang ditawarkan?

Jawapan: 
  • Sektor awam dan swasta 
  • Masyarakat umum 
  • Staf UPM 
  • Petani/Peladang 
  • Masyarakat antarabangsa 
3) Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan dan maklumat berkaitan kursus/latihan?

Jawapan: 
  • Melalui laman web. 
  • Melalui propektus yang dikeluarkan pada setiap tahun. 
  • Staf UPM 
  • Berhubung terus dengan bahagian kami 
4) Adakah bahagian kami juga boleh menawarkan kursus daripada organisasi luar sekiranya mendapat permintaan?

Jawapan:
  • Ya, bahagian kami akan melaksanakannya dengan cara: 
  • Mengendalikan kursus permintaan daripada organisasi luar seperti IPTA, IPTS, syarikat swasta, badan kerajaan dan lain-lain secara khusus atas persetujuan bersama. 
  • Mengadakan perkongsian pintar antara UCTC dan organisasi yang berminat. 

5) Bolehkah bahagian kami melaksanakan program sangkutan pelajar (attachment student) daripada organisasi luar atau institusi luar bersama Universiti Putra Malaysia untuk tempoh tertentu?

Jawapan: 

Pihak bahagian kami boleh melaksanakan program tersebut dengan menyediakan bentuk program yang diminta dengan tempoh yang ditetapkan.
 

6) Berapa lama tempoh masa latihan/kursus tidak berjadual?

Jawapan: 

Biasanya antara 2-3 hari bergantung kepada modul yang telah dibangunkan.


7) Bilakah tarikh kursus bagi Kursus Tidak Berjadual?

Jawapan: 

Kursus yang dianjurkan oleh UCTC UPM adalah bergantung kepada pemintaan daripada orang ramai. Sekiranya bilangan penyertaan telah mengcukupi pihak kami akan menyusun tarikh dan menyediakan tempat yang dirasakan sesuai untuk perlaksanaan kursus tersebut. Minimum peserta untuk penganjuran semua kursus yang disediakan kami adalah seramai 12-15 orang.

8) Berapakah bayaran yuran untuk kursus?

Jawapan: 

Mengenai bayaran yuran, pihak kami hanya mengenakan bayaran minimum sahaja untuk menampung kos perlaksanaan kursus. Ianya bergantung kepada jenis kursus dan tempoh/jangka masa kursus. Biasanya kurang dari RM500 untuk 2 hari. Bayaran boleh dibuat kepada akaun Bendahari Universiti Putra Malaysia selepas anda mendapat pengesahan perlaksanaan kursus daripada pihak kami.

9) Dimanakah kursus ini dilaksanakan? dan Adakah penginapan disediakan?

Jawapan: 
Kursus yang dianjurkan oleh kami akan dijalankan di Universiti Putra Malaysia (UPM) selama 1 atau 2 hari bergantung kepada modul kursus. Pihak kami tidak menyediakan tempat penginapan kecuali kursus tersebut dibuat di luar UPM. Sebagai contoh bagi kursus fotografi, kebiasaannya pihak kami akan menganjurkan kursus tersebut di kawasan yang sesuai seperti di pulau-pulau, tempat pelancongan atau kawasan menarik untuk tujuan pengambaran. pihak kami akan menyediakan tempat penginapan kepada peserta untuk kursus seperti ini. Walau bagaimanapun, bayaran yuran akan sedikit tinggi untuk menampung kos penginapan.

10) Apakah kelebihan jika mengikuti kursus anjuran kami?

Jawapan: 

Pihak kami akan memberikan sijil yang ditandatangani oleh Naib Canselor UPM kepada setiap peserta yang menghadiri kursus. Penceramah atau tenaga pengajar adalah profesor senior/pakar bidang yang banyak pengalaman dalam bidang masing-masing.
Hantar soalan anda di sini : Hantar FAQ