Profil / Background

PENGENALAN

INTRODUCTION

Pusat Transformasi Komuniti Universiti (UCTC) yang dahulunya dikenali sebagai Pusat Pengembangan, Keusahawanan dan Pemajuan Profesional (APEEC) adalah sebuah entiti di bawah Universiti Putra Malaysia (UPM) yang bertanggungjawab memantapkan perkhidmatan rundingan UPM dalam pelbagai bidang kepakaran seperti pembangunan komuniti, pengembangan pertanian, pembangunan keusahawanan serta pemajuan professional dalam memenuhi keperluan modal insan negara. Penubuhan UCTC adalah bertujuan untuk menggerakkan sumber fizikal dan kepakaran intelektual yang terdapat di universiti awam dan komuniti setempat serta mendekatkan warga kampus dengan komuniti.
University Community Transformation Centre (UCTC), formerly known as Centre for Extension, Entrepreneurship and Professional Advancement (APEEC) is an entity under the purview of Universiti Putra Malaysia (UPM) that is responsible for enhancing UPM consultation services in various areas of expertise such as community development, agriculture development, entrepreneurship and professional advancement to meet the nation's human capital needs. UCTC was established with an aim to mobilise physical resources and intellectual expertise available at public universities for the purpose of transforming the local community. It is hoped that with its establishment, UCTC can bridge the gap between public universities and the local community and help foster better ties between the two entities.

MATLAMAT UCTC

AIM

Menjadi pusat rujukan transformasi komuniti khususnya untuk pembangunan dan pemantapan pertanian, industri asas tani, dan sumber biologi di peringkat negara dan antarabangsa.
To become a reference point in particular to the development of community transformation and consolidation of agriculture, agro-based industries and biological resources at the national and international levels.

FUNGSI UCTC

UCTC ROLES
  1. Mewujud dan memperkasakan jalinan dan pakatan strategik dengan institusi awam dan swasta di dalam dan di luar negara melalui aktiviti transformasi komuniti,

  2. Mewujud dan memperkasakan penglibatan bersama komuniti melalui program pengembangan, keusahawanan dan pemajuan professional dalam pelbagai bidang yang tersusun dan berfokus.

  3. Menyelaras program/aktiviti transformasi komuniti dengan kerjasama Pusat Tanggungjawab) UPM dan pemegang taruh berkepentingan,

  4. Menyelaras dan menguruskan Geran Program Pemindahan Ilmu berkaitan transformasi komuniti.
Catatan: Aktiviti transformasi komuniti meliputi pengembangan, keusahawanan dan latihan
  1. Establishing linkages and strategic alliances with research institutions, public and private research institutions within and outside the country through community transformation activity

  2. Coordinating community transformation programmes or activities in collaboration with the Centre of Responsibility (PTJ) at UPM

  3. Coordinating the Knowledge Transfer Programme (KTP) Grant for the transfer and sharing of knowledge among universities, community and industry

  4. Managing UPM Community Transformation Grant